
Saya, Ainatul Mardhiah Binti Idris merupakan seorang Ejen Harta Tanah Percubaan (PEA 2987) yang bertauliah di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurusan Harta (LPPEH). Saya bernaung di bawah agensi hartanah terkemuka, Legacy Real Property Sdn Bhd, dan beroperasi di kawasan Perak.
Dengan latar belakang akademik yang kukuh, saya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Kerjaya profesional saya bermula sebagai pegawai penilaian di Ipoh pada tahun 2013, di mana saya menimba pengalaman berharga selama empat tahun di AJC Property Consultant (dahulunya A Jalil & Co Sdn Bhd) dan IPC Consultant.
Sejak 2018, Saya beralih fokus kepada bidang ejen hartanah dengan mendaftar sebagai Probationary Estate Agent (PEA). Kini saya dalam proses untuk melengkapkan lesen sebagai Real Estate Agent (REA) sepenuhnya. Sepanjang kerjaya, saya telah menerima beberapa anugerah pengiktirafan dan berjaya membantu ramai klien dalam urusan jual, beli dan sewa hartanah.
Saya membantu dalam urusan hartanah kediaman, komersial dan tanah pertanian di Perak. Saya komited untuk memudahkan setiap transaksi, memastikan proses yang lancar sama ada untuk pemilik yang ingin menjual hartanah atau pembeli yang mencari rumah idaman. Kepuasan terbesar saya adalah apabila berjaya membantu klien mencapai matlamat hartanah mereka.
Menyediakan perkhidmatan Semak Nilai Hartanah / Check Market Value secara percuma khusus untuk pemilik hartanah yang ingin menggunakan perkhidmatan kami.
Membantu dalam penjualan rumah anda, mengiklankan rumah anda di dalam pelbagai medium pengiklanan dan kami mempunyai kumpulan yang besar untuk mengiklankan hartanah anda.
Bantuan untuk mendapatkan khidmat peguam bagi proses jual beli rumah. Selain itu, kami juga mempunyai panel bank yang membantu dari segi pinjaman perumahan kepada bakal pembeli rumah anda.
NOTA PENTING!!! Pastikan anda berurusan dengan Ejen Hartanah Berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Anda boleh menyemak nombor pendaftaran lesen di link berikut:

















Temui Hartanah Impian Anda Di Sini
RM380,000
Added: April 25, 2024
RM219,000
Added: April 18, 2024
RM250,000
Added: November 3, 2023
RM340,000
Added: September 6, 2022
RM585,000
Added: September 6, 2022
RM150,000
Added: August 2, 2022
Berita Terkini Berkaitan Hartanah
Owning a home is a keystone of wealth… both financial affluence and emotional security.
Suze OrmanWhatsApp us